Program-program Sempena bulan Zulhijjah 1433 Hijrah |
Program Qiyamulail dipimpin oleh YBhg Ustaz Idris Abdullah
dari UiTM, Shah Alam dan disambung dengan kuliah Subuh yang juga disampaikan
oleh beliau dengan sambungan tajuk soaljawab Rasulullah SAW dengan Iblis.
Iftar Jama’ie pada 9 Zulhijjah diikuti dengan Takbir malam
Eidul Adha pada sebelah malamnya. Hujan rahmat pada malam Jumaat yang turun
dengan lebat menjadikan program Takbir hanya diadakan di Surau dan pergerakan
Takbir ke rumah-rumah di tangguhkan pada hari-hari berikut. Bagaimanapun jamuan malam Eidul Adha secara
pot-luck yang dihimpunkan diteruskan di Surau dan para jemaah terus berkumpul hingga lewat malam
sambil menunggu hujan reda.
Pada pagi Jumaat 10 Zulhijjah, solat sunat Eidul Adha
dilaksanakan bermula jam 8:30 pagi. Para jemaah mula berkumpul seawal jam 7:15
pagi. Imam solat ialah YBhg Ustaz Nasharuddin manakala Khutbah Eidul Adha
disampaikan oleh YBhg Ustaz Takiyuddin. Tajuk Khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah berkisar mengenai
perpaduan umat Islam.
Takbir pada malam Eidul Adha |
Selesai Solat dan Khutbah Eidul Adha para jemaah dihidangkan
dengan jamuan yang disumbangkan oleh kalangan jemaah sendiri dengan pelbagai
juadah Hari Raya. Oleh kerana Program Ibadah Qurban hanya akan diadakan pada 11
Zulhijjah, para jemaah mengambil kesempatan untuk meluangkan masa lebih lama di
samping menjalin ukhuwwah.
Khutbah Eidul Adha |
Program Qurban yang dilaksanakan pada 11 Zulhijjah memberi ruang
kepada para jemaah untuk mengunjungi saudara-mara di tempat lain atau pulang ke
kampung lebih awal dan kembali semula ke Surau pada awal pagi Sabtu.
Jumlah penyertaan ibadah Qurban / Udhiyyah pada
kali ini adalah sebanyak 84 bahagian bersamaan dengan 12 ekor lembu dan 2 ekor
kambing aqiqah..
No comments:
Post a Comment