Sheikh ‘Ahed Bashir Zeino (kiri berserban) Sheikh Mus'ab Ismail (kanan)
Kehadiran mereka adalah dikelolakan oleh pihak HALUAN - Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia.
Bermula dengan majlis berbuka ringkas dan diikuti solat
Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh
Sheikh Mus'ab Ismail . Beliau pernah dipenjarakan di
Israel selama beberapa kali sejak tamat persekolahan dan yang terakhir selama 8
tahun semasa berada di tahun akhir pengajian di universiti.
Usai solat Magrib, mereka dihidangkan jamuan makan malam
dengan makanan Malaysia antaranya “nasi ayam” dan kuih-muih. Kelihatannya
mereka boleh menjamah makanan ini…
Solat Isya pula diimamkan oleh Sheikh ‘Ahed Bashir Zeno yang
juga merupakan seorang Imam di sana. Sejurus sebelum meneruskan solat Tarawih,
kedua-duanya menyampaikan tazkirah yang diterjemahkan oleh Saudara Mohd
Taqiyuddin bin Abdullah.
Kehadiran Muslimat
Sheikh Mos’ab memulakan tazkirah dengan menyatakan
penghormatan yang tinggi kepada semua hadirin dan gembira melihat cahaya Islam
di Malaysia. Beliau menyatakan tentang
nikmat ukhuwwah terhadap masyarakat Palestine dan pertalian yang kuat dengan
masyarakat Malaysia.
Beliau amat gembira dengan penerimaan kehadiran mereka di
kalangan masyarakat Malaysia, meskipun banyak perkara yang ingin disampaikan namun kekangan
masa yang berlalu pantas tidak mengizinkan untuk beliau berbuat demikian pada kali ini.
Perkara lain yang turut disentuh ialah tentang perkembangan
di Palestine berkaitan Masjidil Aqsa yang menjadi hak bukan sekadar penduduk
Palestine malahan seluruh umat Islam dan perlu dipertahankan hingga titisan
darah terakhir. Menurut beliau, ketika ini perancangan
Israel adalah untuk memusnahkan Masjidil Aqsa dengan menggali di sekeliling
masjid dengan andaian sekiranya berlaku gempa yang kecil sekalipun akan
meruntuhkan masjid tersebut. Israel menghalang apa juga usaha oleh umat Islam untuk
membuat pembaikan pada kerosakan yang berlaku.
Beliau turut berkongsi pengalaman dipenjarakan oleh pihak Israel
yang beliau nyatakan seperti lebih baik mati daripada menerima pelbagai bentuk
siksaan yang dilakukan ke atas para tahanan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.
Selepas tazkirah kedua-dua mereka mengimamkan solat Tarawih dan
Witir secara bergilir. Sebagai menyatakan kegembiraan mereka kemudiannya memperdengarkan bacaan Qasidah dan membacakan beberapa petikan ayat-ayat Al-Quran dari pelbagai kaedah bacaan dari Imam-imam terkenal dan meminta para hadirin membuat tekaan.
Pada masa yang sama jemaah dan para hadirin turut berpeluang
memberi sumbangan kepada tabung Palestine.
Semoga jalinan ukhwwah antarabangsa seperti ini akan berterusan.
No comments:
Post a Comment