Dibuka pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bersamaan 6, 8 dan 10 Ogos 2012 (17, 19 dan 21 Ramadhan). Amil zakat adalah dipinjamkan dari Surau Hamideen Seksyen 19.
Kadar bayaran zakat fitrah di negeri Selangor pada tahun ini ditetapkan pada RM7 seorang.
Kaunter zakat fitrah : Amil zakat di sebelah kanan
Sedikit ulangkaji untuk meningkatkan kefahaman...LIMA RUKUN ISLAM:
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan.
Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat disenaraiakn sebagai rukun ketiga, sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya.
ZAKAT FITRAH DAN DALILNYA:
Zakat fitrah adalah wajib. Dalil kewajipan zakat fitrah antaranya ialah hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang (hari raya)” (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Terbahagi kepada 5:
> Waktu wajib – Apabila terbenam
matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (Syawal).
> Waktu paling afdhal – sebelum solat aidil fitri
> Wajtu sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
> Waktu makruh – Selepas solat aidil fitri sehingga terbenam
matahari pada satu Syawal
> Waktu haram – Selepas terbenam matahari
satu Syawal
…Maka
sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya itulah zakat yang
diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka
pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja. (Riwayat Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment