Lawatan yang dikelolakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ini adalah berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan
sumber air. Mereka telah disambut oleh Pengerusi dan berberapa Ahli Jawatankuasa Surau yang masih berada di surau selepas solat Zohor. Taklimat disampaikan oleh Pengerusi Surau Al-Husna, Ustaz Haji Mohd
Takiyuddin Ibrahim dan Pegawai LUAS, Encik Mazlan
Idrus.
Antara lain lawatan sambil belajar ini meninjau aktiviti “up-stream” pemeliharaan alam sekitar
dan sumber air yang dilaksanakan oleh Surau Al-Husna melalui Program Kitar Semula
Barangan (2005), Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (2008) dan Sistem Penuaian dan Pengumpulan Air
Hujan (2012).
Mudah-mudahan mereka memperolehi manfaat dari
lawatan dan perkongsian pengalaman ini.
No comments:
Post a Comment