Beliau telah menyampaikan kuliah Maghrib yang berkisar
mengenai cabaran-cabaran Umat Islam di Marawi, Mindanao (Filipina). Kuliah
disampaikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan Inggeris. Bahasa Arab diterjemahkan
oleh Saudara Nabil Mohd Takiyuddin (yang kebetulan sedang bercuti dari pengajian di
Jordan).
Antara lain beliau menceritakan sejarah umat Islam di
Marawi, Mindanao yang sejak awal menduduki wilayah tersebut dan sentiasa
mempertahankan kedaulatan Islam dan wilayah yang diduduki dari gangguan dan
rampasan penjajah mahupun campur tangan pemerintah.
Beliau turut menyentuh mengenai kegiatan pembangunan Islam
di wilayah tersebut selain usaha-usaha membantu masyarakat melalui sumbangan
zakat.
Beliau turut berdoa agar hubungan ini tidak terhenti setakat
ini, malah berterusan secara dua hala di masa akan datang.
Para jemaah yang hadir turut memberikan sumbangan untuk disalurkan kepada masyarakat di sana.
No comments:
Post a Comment