1. Puasa Awam:
Sekadar menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
2. Puasa Khusus:
Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bahkan menjaga
lidah, mata, telinga dan anggota badan dari melakukan maksiat.
3. Puasa Khususul Khusus:
Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, menjaga
pancaindera dan anggota badan dari maksiat, bahkan hatinya berpuasa dari
mengingati dunia.
Semoga kita sentiasa berusaha mencapai kategori tertinggi iaitu kategori para anbia dan solehin.
Sentiasa menjaga solat berjemaah di surau dan masjid terutamanya selepas sahaja berbuka puasa, kerana pada waktu itu malam bermula dan kita berusaha memperolehi malam Lailatul Qadar dengan menjaga lima amalan asas.
Bermula dengan solat Maghrib berjemaah di permulaan malam, solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah di pertengahan malam, diikuti bertahajud dan qiyam pada satu pertiga di penghujung malam, dan disudahi dengan solat Subuh berjemaah, setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment