info-Solat

Wednesday, March 6, 2013

Toyota Eco Youth 2013

Seramai hampir 200 peserta Program Toyota-ECO Youth 2013 telah membuat lawatan ke Surau Al-Husna pada hari Selasa, 5 Mac 2013 selepas solat Zohor.
Penerangan oleh Setiausaha Surau Al-Husna
Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh Negara, meliputi Johor, Langkawi hingga Sabah dan Sarawak.

Para peserta diiringi oleh wakil guru dari sekolah masing-masing dan pegawai-pegawai dari pihak Toyota.
Taklimat di Tapak Pengumpulan
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau dengan lebih dekat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Kitar Semula. Taklimat dan perkongsian pengalaman disampaikan oleh Setiausaha Surau Al-Husna. Turut hadir ialah Saudara Mahyudin Abdul Karim dan Saudara Mazlan Idrus serta wakil-wakil dari Biofules Sdn Bhd.

Sesi Soal Jawab di Tapak Pengumpulan
Sesi soal-jawab di adakan selepas sesi taklimat dan penerangan. Kemudian para peserta di bahagikan kepada dua kumpulan untuk melawat tapak pengumpulan barangan kitar semula, pusat pengumpulan minyak masak terpakai, tapak system pengumpulan air hujan dan demonstrasi berkaitan minyak masak terpakai dan penggunaan biofuels.
Demo Pengumpulan Minyak Masak Terpakai 
Berdasarkan sesi soaljawab dan maklumbalas dari para peserta, mereka sangat berminat untuk teribat dalam usaha menggerakkan Program Kitar Semula untuk dilaksanakan di tempat mereka.

Selepas lebih satu jam, para peserta meninggalkan perkarangan surau untuk ke destinasi lain dengan empat buah bas yang membawa mereka kira-kira jam 3:45 petang.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum, saya ingin bertanya , pihak Surau Al Husna masih lagi atau tidak menjalankan program kitar semula minyak masak terpakai ?

Mazlan said...

Ya, masih istiqamah menjalankannya.