info-Solat

Friday, October 19, 2012

T.A.S.L. - KELAS BAHASA ARAB

Sheikh Abdul Jalal sedang memberi penerangan
Sheikh Abdul Jalal bertugas sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Beliau berasal dari Libya dan ketika ini menetap di kawasan  perumahan Seksyen 20. Beliau  bersama dua orang anak lelakinya merupakan jemaah Surau Al-Husna.

Mulai bulan Oktober 2012, hasil persetujuan bersama pihak Surau Al-Husna, beliau memulakan kelas bahasa Arab terbuka untuk semua peringkat umur, muslimin dan muslimat bertempat di Surau Al-Husna. Kelas ini dijadualkan pada setiap hari Jumaat, selepas solat Maghrib, TIGA kali sebulan.
Peserta dari pelbagai peringkat umur, muslimin dan muslimat (ruang belakang)
Beliau secara berseloroh mencadangkan bahasa Arab diajar sebagai bahasa kedua… kata beliau Teaching Arabic as Second Language (TASL)… khasnya bagi umat Islam untuk lebih memahami bahasa Al-Quran.
Pembelajaran secara interaktif
Kelas bahasa Arab ini dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara interaktif. Kelas ini diadakan secara percuma. Sangat menarik dan kadang-kala kedengaran sebutan-sebutan yang agak melucukan dari kalangan hadirin…

2 comments:

Borak Borak said...

Salam

Nak tanya, 3 kali sebulan tu bila yang minggu tak ada kelas?

Terima kasih.


Ekha

mahaza said...

Minggu akhir bulan untuk memberi laluan kepada kuliah bulanan Ustaz Wan Halim yang datang dari jauh.