Halaqah Remaja Surau
Dimulakan pada 06 April 2012. Sudah memasuki bulan ketiga. Penyertaan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Merupakan suatu program yang diusahakan untuk membentuk akhlak Muslim
dan keperibadian mulia di kalangan remaja (dan kanak-kanak) supaya berilmu dan beramal atas
landasan memperjuangkan agama Islam dengan sebaiknya.
Halaqah merupakan perkataan Arab yang
bermakna bulatan yang dibentuk sekumpulan orang untuk belajar, berbincang dan
bermesyuarah.
Objektif
- Menyemai minat untuk hadir ke surau dan masjid di kalangan remaja
- Mengajak remaja melibatkan diri dengan program keagamaan
- Merapatkan hubungan antara sesama rakan sebaya dengan masyarakat umum
- Menghindarkan remaja dari pengaruh kegiatan tidak bermoral
- Mencegah masalah sosial dari peringkat awal
Kaedah
Halaqah ini menghimpunkan para remaja pada setiap minggu iaitu pada
setiap hari Jumaat (malam Sabtu) di Surau Al-Husna dengan bimbingan dari para
fasilitator dan naqib. Pengawasan pula dibuat oleh kalangan jemaah dewasa yang
turut hadir.
Remaja digalakkan hadir mulai waktu Maghrib membawa ke waktu
Isyak. Bagaimanapun bagi mereka yang menghadiri kelas tuisyen, mereka boleh
hadir sesudah selesai kelas tersebut.
Halaqah dimulakan selepas solat Isyak dengan
jamuan makan malam bersama-sama, yang disumbangkan oleh kalangan jemaah dan ibubapa
para peserta. Ia berlangsung selama 1 jam setengah maksima sehingga jam 10:30
malam.
Sejak pelancaran, para pembimbing dan fasilitator adalah dari kalangan pelajar
senior Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Setakat ini penyertaan semakin bertambah dengan bilangan tidak kurang dari 30 remaja setiap kali. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur.
Pengisian
Menjurus kepada pengisian ilmu dalam membimbing dan
diterjemahkan untuk menambahbaik akhlak dan peribadi remaja untuk menjadi
Muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Matlamat
- Menyempurnakan ilmu agama Islam secara berhikmah bagi memantapkan halatuju kehidupan remaja di samping kemampuan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut.
- Meningkatkan kecintaan terhadap agama
- Meningkatkan martabat pendidikan ilmu al-Quran, Hadis dan asas fardhu ain
- Menambahbaik keperibadian remaja dengan akhlak terpuji
- Menyerlahkan potensi
- Menyemai amalan sunnah Rasulullah sebagai ikutan dalam kehidupan harian
- Merapatkan ukhuwwah Islamiyah
- Menyuburkan budaya bersedekah dan keikhlasan dalam saling memberi dan menerima nasihat
- Motivasi dan kekuatan diri dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran
- Penggunaan teknologi terkini sebagai medium menyebarluaskan dakwah
No comments:
Post a Comment