info-Solat

Thursday, June 14, 2012

Meraikan peserta Halaqah Remaja Al-Husna

Genap 2 bulan Halaqah Remaja Surau Al-Husna..
Pada hari Jumaat 8 Jun 2012, peserta Halaqah Remaja Surau Al-Husna dan para ibubapa diraikan dengan jamuan BBQ..
Selepas program, para remaja lelaki bermalam di surau untuk menyertai program Qiyamulail remaja yang diadakan pada awal pagi Sabtu (mulai jam 4:45 pagi).

Terima kasih kepada para dermawan serta sukarelawan yang menjayakan program. Juga Pengerusi Surau, Bendahari  dan Ketua Muslimat yang bertungkus-lumus membuat persediaan awal..

HALAQAH Remaja Surau Al-Husna

Halaqah Remaja Surau
Dimulakan pada 06 April 2012. Sudah memasuki bulan ketiga. Penyertaan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Merupakan suatu program yang diusahakan untuk membentuk akhlak Muslim dan keperibadian mulia di kalangan remaja (dan kanak-kanak) supaya berilmu dan beramal atas landasan memperjuangkan agama Islam dengan sebaiknya.

Halaqah merupakan perkataan Arab yang bermakna bulatan yang dibentuk sekumpulan orang untuk belajar, berbincang dan bermesyuarah.
Objektif
  • Menyemai minat untuk hadir ke surau dan masjid di kalangan remaja
  • Mengajak remaja melibatkan diri dengan program keagamaan
  • Merapatkan hubungan antara sesama rakan sebaya dengan masyarakat umum
  • Menghindarkan remaja dari pengaruh kegiatan tidak bermoral
  • Mencegah masalah sosial dari peringkat awal

Kaedah
Halaqah ini menghimpunkan para remaja pada setiap minggu iaitu pada setiap hari Jumaat (malam Sabtu) di Surau Al-Husna dengan bimbingan dari para fasilitator dan naqib. Pengawasan pula dibuat oleh kalangan jemaah dewasa yang turut hadir.

Remaja digalakkan hadir mulai waktu Maghrib membawa ke waktu Isyak. Bagaimanapun bagi mereka yang menghadiri kelas tuisyen, mereka boleh hadir sesudah selesai kelas tersebut. 

Halaqah dimulakan selepas solat Isyak dengan jamuan makan malam bersama-sama, yang disumbangkan oleh kalangan jemaah dan ibubapa para peserta. Ia berlangsung selama 1 jam setengah maksima sehingga jam 10:30 malam.

Sejak pelancaran, para pembimbing dan fasilitator adalah dari kalangan pelajar senior Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.  Setakat ini penyertaan semakin bertambah dengan bilangan tidak kurang dari 30 remaja setiap kali. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur.

Pengisian
Menjurus kepada pengisian ilmu dalam membimbing dan diterjemahkan untuk menambahbaik akhlak dan peribadi remaja untuk menjadi Muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Matlamat
  • Menyempurnakan ilmu agama Islam secara berhikmah bagi memantapkan halatuju kehidupan remaja di samping kemampuan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut.
  • Meningkatkan kecintaan terhadap agama
  • Meningkatkan martabat pendidikan ilmu al-Quran, Hadis dan asas fardhu ain
  • Menambahbaik keperibadian remaja dengan akhlak terpuji
  • Menyerlahkan potensi
  • Menyemai amalan sunnah Rasulullah sebagai ikutan dalam kehidupan harian
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyah
  • Menyuburkan budaya bersedekah dan keikhlasan dalam saling memberi dan menerima nasihat
  • Motivasi dan kekuatan diri dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran
  • Penggunaan teknologi terkini sebagai medium menyebarluaskan dakwah

Beliau akan hadir ke Surau Al-Husna..

Insya Allah, beliau akan hadir untuk menyampaikan kuliah Maghrib pada hari Ahad 15 Julai 2012..
Sama-sama berdoa segala urusan beliau dipermudahkan. 
Nantikan makluman seterusnya..



Kenali beliau secara ringkas di sini.


Nota: Gambar-gambar diambil dari Laman Web beliau dan laman web lain yang berkaitan