Penerangan oleh Setiausaha Surau Al-Husna |
Para peserta diiringi oleh wakil guru dari sekolah
masing-masing dan pegawai-pegawai dari pihak Toyota.
Taklimat di Tapak Pengumpulan |
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau dengan lebih dekat dan
mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Kitar Semula. Taklimat dan
perkongsian pengalaman disampaikan oleh Setiausaha Surau Al-Husna. Turut hadir
ialah Saudara Mahyudin Abdul Karim dan Saudara Mazlan Idrus serta wakil-wakil
dari Biofules Sdn Bhd.
Sesi Soal Jawab di Tapak Pengumpulan |
Sesi soal-jawab di adakan selepas sesi taklimat dan
penerangan. Kemudian para peserta di bahagikan kepada dua kumpulan untuk
melawat tapak pengumpulan barangan kitar semula, pusat pengumpulan minyak masak
terpakai, tapak system pengumpulan air hujan dan demonstrasi berkaitan minyak
masak terpakai dan penggunaan biofuels.
Demo Pengumpulan Minyak Masak Terpakai |
Berdasarkan sesi soaljawab dan maklumbalas dari para peserta,
mereka sangat berminat untuk teribat dalam usaha menggerakkan Program Kitar Semula
untuk dilaksanakan di tempat mereka.
Selepas lebih satu jam, para peserta meninggalkan perkarangan surau untuk ke destinasi lain dengan empat buah bas yang membawa mereka kira-kira jam 3:45 petang.
Selepas lebih satu jam, para peserta meninggalkan perkarangan surau untuk ke destinasi lain dengan empat buah bas yang membawa mereka kira-kira jam 3:45 petang.